Laman Web Rasmi PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Politeknik

 

 

Tabung PUSPADARA

PENGENALAN

  • Tabung PUSPADARA PUSPANITA (TPP) adalah mengikut Undang-undang Kecil Tabung PUSPADARA PUSPANITA (Pindaan 2008) merupakan tabung yang ditubuhkan untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi ahli-ahli PUSPANITA dan keluarga yang menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti barah, AIDS dan sebagainya.

TUJUAN TPP

  • Memberi bantuan kewangan kepada ahli dan/atau keluarga iaitu suami dan anak-anak yang mengidap barah dan/atau penyakit-penyakit lain seperti senarai yang diluluskan untuk meringankan beban mereka. Keutamaan akan diberikan kepada pesakit barah payudara;
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan punca, pencegahan dan rawatan bagi penyakit barah payudara serta penyakit-penyakit lain; dan 
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk membantu meningkatkan kemudahan bagi mencegah penyakit ini.

SYARAT PERMOHONAN TABUNG PUSPADARA PUSPANITA

  • Sila baca dan fahamkan Surat pekeliling berikut sebelum memohon. KLIK UNTUK MUAT TURUN surat pekeliling dalam bentuk format PDF.
  • Syarat-syarat permohonan bagi sumbangan kewangan daripada Tabung PUSPADARA PUSPANITA adalah seperti berikut(sama seperti Lampiran - A):- 

i) Pemohon hendaklah terdiri daripada ahli PUSPANITA & telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 2 tahun;

ii) Ahli keluarga iaitu suami dan anak-anak yang masih di bawah tanggungan ahli yang di bawah umur 21 tahun;

iii) Mendapat laporan lengkap yang terkini daripada Pakar Perubatan Hospital Kerajaan atau Swasta mengenai penyakit yang dihidapi;

iv) Semua permohonan yang lengkap mestilah dikemukakan melalui Cawangan Kementerian/Negeri untuk pengesahan oleh Pengerusi atau Setiausaha sebelum dihantar kepada Urusetia Tabung PUSPADARA PUSPANITA peringkat Kebangsaan;

v) Jumlah sumbangan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Tabung PUSPADARA PUSPANITA; dan

vi) Sumbangan adalah sekali seumur hidup bagi setiap pesakit (ahli/suami/anak).

Muat Turun Lampiran A

Muat Turun Lampiran B

Muat Turun Borang A- Pesakit

Muat Turun Borang B- Seminar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Politeknik adalah tidak bertanggungjawab terhadap

sebarang kerugian atau kehilangan yang dialami pengguna kerana telah menggunakan laman web ini.

© 2014 Hakcipta Terpelihara Jabatan Pengajian Politeknik