Laman Web Rasmi PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Politeknik

 

 

Sejarah Penubuhan PUSPANITA

Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah
sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu sedang bercuti di Indonesia
telah disambut oleh Persatuan Wanita (DARMAWANITA) di sana. Oleh kerana upacara
sambutan yang begitu baik serta layanan yang mesra kaum wanita di sana, Tun Mahathir
kemudiannya menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan
sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita.


Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1 Mac 1983
dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose, Kuala Lumpur telah
diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti. PUSPANITA telah
mengorak selangkah lagi apabila pada Januari 1994 Tun Dr. Siti Hasmah sekali lagi diberi
penghormatan untuk merasmikan RUMAH PUSPANITA yang baru menggantikan rumah
kerajaan tersebut. Malah dewan di RUMAH PUSPANITA telah diambil sempena nama beliau
iaitu Dewan Dr Siti Hasmah. Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang
lebih ini mendorong PUSPANITA untuk menjalankan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya
.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian : PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Politeknik adalah tidak bertanggungjawab terhadap

sebarang kerugian atau kehilangan yang dialami pengguna kerana telah menggunakan laman web ini.

© 2014 Hakcipta Terpelihara Jabatan Pengajian Politeknik