JPP komited memberi perkhidmatan yang berkualiti,cekap dan mesra pelanggan dalam perkara berikut:
- Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat diploma,dan diploma lanjutan selaras dengan keperluan industri semasa
- Memastikan proses pengambilan pelajar ke Politeknik mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam tempoh satu bulan selepas tarikh tutup permohonan
- Membuat penempatan pensyarah-pensyarah ke Politeknik sekurang-kurangnya dua kali setahun
- Mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan memberi maklumbalas terhadap pertanyaan dalam tempoh lima hari bekerja
- Mengadakan sekurang-kurangnya satu sesi dialog setiap tahun dengan pihak industri dan agensi berkaitan untuk memastikan program pengajian yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan sumber tenaga manusia yang diperlukan
- Menyediakan maklumat tentang peluang-peluang pendidikan yang ditawarkan dalam tempoh tiga hari bekerja.