Bahasa

/

Berita

POLYGreen

Blueprint POLYGreen adalah merupakan dokumen rangka tindakan yang mengandungi garis panduan pelaksanaan amalan hijau yang terancang, selaras dengan keperluan pengurusan dan operasi untuk tempoh masa yang ditetapkan. Blueprint POLYGreen disediakan dengan hasrat untuk menjadikan politeknik sebagai sebuah institusi mampan, unggul dan cemerlang di Malaysia.

Blueprint POLYGreen ini dihasilkan berdasarkan rasional dan keperluan berikut:

  1. Menjadi rujukan dan panduan kepada semua Politeknik KPM dalam halatuju strategik pengurusan mampan.
  2. Memastikan bahawa aspek pembangunan dan pengurusan amalan teknologi hijau sejajar dengan pengurusan strategik politeknik.
  3. Memantapkan dan menambah baik halatuju pengurusan strategik politeknik ke arah mencapai pengiktirafan politeknik mampan.

Terdapat sepuluh (10) bidang tumpuan mampan yang diberi keutamaan dalam merangka Blueprint POLYGreen ini. Setiap bidang tumpuan mempunyai objektif yang tersusun diikuti dengan pelan tindakanbagi menjayakan pelaksanaan amalan hijau di politeknik.

Bagi menjayakan Blueprint POLYGreen ini, Visi, Aspirasi, Objektif Strategik, Pelan Tindakan dan Petunjuk Prestasi Utama dibentuk serta digubal dengan kekuatan yang ada dari segenap aspek, dan digabung dengan pegangan nilai-nilai bersama yang berkonsepkan keterangkuman (inclusiveness). Walau
bagaimanapun, dokumen ini adalah merupakan dokumen yang dinamik yang boleh ditambahbaik pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Perancangan yang mantap sahaja tentunya tidak memadai jika tidak disertakan dengan tindakan yang efisyen dan efektif secara berterusan. Pemantauan pencapaian dari pelan tindakan ini akan dilaksanakan setiap enam (6) bulan untuk memastikan keberkesanan tindakan yang diambil. Blueprint POLYGreen ini secara langsungnya akan menjadi dokumen rujukan tunggal kepada semua aktiviti dan program mampan di setiap Politeknik KPM.