Bahasa

/

Berita

POLYHOME FASA KE-4 DI PARLIMEN BESUT, TERENGGANU

Penyerahan Projek Polyhome Fasa ke-4 di Parlimen Besut. Pada 8 Oktober 2016 di Besut, Terengganu. Projek Rumah Komuniti (PolyHome) dibuat dengan berkonsepkan CSR dan NBOS. Pihak yang terlibat di dalam projek PolyHome ini adalah terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Parlimen Besut, Politeknik dan juga syarikat pembekal komponen bahan binaan (IBS). Tujuannya adalah untuk membantu membina rumah/kediaman kepada penduduk setempat yang tergolong di dalam golongan miskin atau B40 yang telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Khas di bawah seliaan Pejabat Parlimen Besut.

Proses Pembinaan PolyHome:

Peringkat awalan jawatankuasa penyelarasan dan teknikal diwujudkan bagi merekabentuk PolyHome (rekabentuk arkitek dan struktur) dan menyelaras pengurusan projek. Disini para pensyarah/pegawai terlibat mengembleng ilmu dan kepakaran masing-masing dari segi merekabentuk rumah PolyHome dan juga merancang pengurusan projek yang terbaik.
Setelah rekabentuk dibuat dan pengurusan projek dirancang rapi seterusnya politeknik akan membuat pemilihan pensyarah dan pelajar untuk terlibat secara langsung di dalam peringkat pelaksanaan PolyHome. Di peringkat ini, setiap politeknik terlibat dipertanggungjawabkan untuk membina dan menyiapkan 1 unit PolyHome dalam satu-satu masa. Pensyarah/pegawai yang terlibat akan menjalani Sangkutan Industri Pensyarah dalam tempoh pelaksanaan PolyHome ini (1bulan) manakala para pelajar pula dikira sebagai menjalani latihan amali/praktikal atau latihan industri. Disini sekali lagi ilmu dan kepakaran pensyarah terlibat dicurahkan dalam memberi latihan hands on di tapak yang sebenar kepada para pelajar dalam membina PolyHome. Para pelajar juga selain diajar secara praktikal dalam pembinaan, mereka juga di uji oleh CIDB bagi mendapatkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) Tahap 1 dalam beberapa skil pembinaan seperti melepa dan mengecat. SKK yang diperolehi dapat membantu dan memberi nilai tambah kepada para pelajar selepas tamat pengajian nanti dalam merebut peluang pekerjaan. Suka dimaklumkan di sini, selain daripada para pelajar Kejuruteraan Awam, para pelajar Kejuruteraan Elektrik juga dilibatkan dalam pelaksanaan PolyHome ini khususnya bagi kerja-kerja pendawaian dan pemasangan perkakas elektrik.
Antara kampus Politeknik yang terlibat dalam pembinaan rumah kali ini adalah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzzam Shah (POLIMAS), Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dan Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS). Antara kampung yang terlibat dalam penerimaan rumah Polyhome adalah Tmn Tasik Kuala Besut, Kampung Gong Nering Kuala Besut, Kampung Alor Selising Jerteh, Kampung Masing Bchina Hulu Besut, dan Kampung Pdg Bual Hulu Besut.

Buat masa ini projek PolyHome ini masih dalam peringkat percubaan dan penyelidikan bagi mengelpasti sistem/teknologi yang sesuai.
Disertakan pautan berita Astro Awani berkenaan PolyHome.

http://www.astroawani.com

polyhomebesut2016