Bahasa

/

Berita

MAJLIS DIALOG SENARIO INDUSTRI MASA DEPAN MALAYSIA, "ASPIRASI SISWA POLITEKNIK MALAYSIA" BERSAMA YBM KPT DATO' SERI IDRIS JUSOH

Dialog Industri 4.0: Aspirasi Siswa Politeknik Malaysia & Pelancaran Technology Enabled Collaboration Classroom

Dialog Aspirasi Siswa Politeknik Malaysia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dan kakitangan berkaitan Industri 4.0 serta penyampaian Sijil Kolaborasi Industri kepada lebih 40 industri dan Perasmian Technology Enable Collaborative Classroom (TECC).

Saya juga turut menyampaikan Sijil Kolaborasi Industri (CoC) Politeknik Sultan Azlan Shah kepada lebih 40 industri di seluruh Malaysia. Kolaborasi Industri ini adalah untuk membentuk jalinan hubungan antara industri dengan Politeknik Sultan Azlan Shah yang mencakupi bidang kurikulum, latihan, pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif kolaborasi industri ini adalah membantu dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan PSAS, menyelaras tempat latihan industri serta mengeratkan hubungan dengan industri.

Penganjuran dialog yang melibatkan lebih 1,500 orang pelajar Politeknik Malaysia diadakan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak sempena program Karnival Sains dan Teknologi (KaSTek’17).